Assalamualaikum..
Tanggal 23/07/2012 bersamaan 3 ramadhan, membuat kan aku serta family berasa sedih.. kerana kami sekeluarga telah menerima berita yang sangat menyedihkan.. orang yang paling baik, penyayang, care dengan semua orang, tidak kuat marah, dan sangat penyabar telah meninggalkan kami sekeluarga.. aku bagaikan mimpi apabila mendapat panggilan dari seorang ibu yang mengatakan adik nya telah meninggal iaitu pak cik ku.. sedangkan semalam kami baru sahaja beebual-bual di dalam telefon, rupa-rupanya itu la kali terakhir aku mendengar suara nya.. nasihat nya sentiasa terngiang-ngiang di telinga ku.. berbualan kami pada malam itu masih aku ingat yang dia mahu jemput aku nanti balik raya, dia yang mau hantar aku pergi KK nnt lepas raya, dia mahu bantu aku cari tempat untuk aku praktikal nanti sem depan.. Ya allah, aku tahu Engkau lebih menyayangi arwah Abbas Mohd Ali.. tapi mengapa Engkau menjemputnya dengan begitu cepat..? aku bukan menyalahkan takdir, tetapi aku belum bersedia menerima hakikat bahawa orang yang paling rapat dengan kami sekeluarga pergi dengan begitu cepat lebih-lebih lagi dalam bulam ramadhan ini..
Ya allah aku tau Engkau lebih menyayangi arwah itu lah sebab nya Engkau menjemput dia kembali kepada-MU dengan cepat.. tetapi Engkau tabah kan la hati ibuku, nenek serta atuk ku untuk menerima kenyataan ini.. dan Engkau tabahkan dan cekalkan hati auntie ku untuk menjaga anak-anak nya yang masih kecil itu sehingga mereka besar dan menjadi anak yang berjaya seperti arwah.. Ya allah walaupun kami masih belum dapat terima pemergian arwah, tetapi kami sekeluarga harus menerima hakikat itu kerana "Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk umatnya".. mungkin ini satu ujian yang Engkau berikan kepada kami di bulan ramadhan, dan mungkin ini juga sebagai peringatan kepada kami semua bahawa " ajal tidak mengenal usia dan siapa orang tersebut kerana pada bila-bila masa sahaja ajal itu akan datang "..
ini adalah isteri serta anak-anak arwah.. arwah telah meninggalkan 3 orang anaknya yang masih kecil..
perempuan y pakai baju merah itu adalah adik ku tetapi y kecil itu adalah anak arwah yang bongsu..
semoga adik kimi, teha n syami menjadi anak yang soleh dan solehah suatu hari nanti.. jangan jahat-jahat sama ibuk kamu ya dik.. nnt besar jaga ibuk kamu dengan baik dan doa kan arwah ayah.. :'(
Al-fatihah untuk arwah Abbas bin Mohd Ali..
semoga Allah menempatkan dirimu bersama-sama orang yang beriman..
amin..