Sebelum aku memulakan apa-apa cerita, aku mahu mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILAHDA " kepada my family, kawan-kawan, cikgu-cikgu, lecturer-lecturer dan yang mengenali diri ini..
Ini adalah kali kedua aku beraya di perantauan, tapi nasib baik la raya haji jak aku raya di perantauan.. raya puasa belum pernah lagi aku merasakan, harap-harap la aku sentiasa raya aidilfitri dengan family ku.. klau tidak, nangis la aku.. sedangkan raya haji nie pun sebak rasanya tidak balik, sebab aku kesian dengan mama tidak ada yang bantu dia di sana..adik ku dua orang pun tidak balik beraya dengan family, uhmmm mesti terasa sunyi rumah sebab ada tiga orang anak mama dan bapa ku tidak balik..
aku betul-betul rasa beraya di perantauan tahun nie, sebab tahun nie aku sama rumate ku beraya di bilik jak kesian.. kalau tahun lalu, raya haji kami balik p rumah pak cik dan mak cik ku rasa juga la sikit suasana raya walaupun tidak seberapa meriah sebab kami ada buat buras, masak ayam, jalan-jalan dan banyak lagi la.. tapi tahun nie..? uhmm tidak apa la sekurang-kurang aku bersyukur sebab ALLAH s.w.t masih meminjamkan aku nyawa ini untuk aku terus hidup dan menyambut hari raya walaupun di bilik sahaja.. hehe.. Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH.. ◕‿◕
![]() |
| buras |
aku mahu makan burassss + ayam goreng..! tapi di asrama mana ada nie makanan lebih-lebih lagi di sarawak.. uhmmm nanti aku minta mama ku kirim kan la aku pakai POS LAJU..! hihi.. boleh kan mak..? macam jak mama ku baca nie blog bah.. aduiiii..!
![]() |
| ketupat + ayam rendang + teh O panas |

