chipdales


AkuPunTidakTahuKenapa



Bila saat kau tiada,
Aku akan bising seperti biasa,
Bergurau seperti biasa,
Bercakap seperti biasa,

Tapi,
Sikap ku itu akan berubah secara automatik,
Aku akan jadi diam,
Aku akan buat hal aku sendiri,
Aku akan menyendiri,
Aku akan malas becakap dengan orang lain.

Kenapa ya..?
Aku pun tertanya-tanya kenapa sikap ku seperti itu,
Mahu kata benci, rasanya tidak,
Mahu kata bosan tengok kau, rasanya tidak,
Mahu kata aku tidak suka kau, rasanya tidak.

Sampai sekarang aku tertanya-tanya,
Kenapa..?
Kenapa..?
dan Kenapa..?

Walaupun aku belum tahu apa sebabnya aku bersikap begini,
Tapi yang pasti aku lebih rela kalau kau tiada daripada ada..
Aku seperti tidak mahu tengok kau,
Tapi apa boleh buat,
Aku akan bersabar untuk menghadap muka dan perangai mu,
Sebab kita akan serumah hanya setahun sahaja lagi..



Lebih baik aku diam daripada bercakap,
Sebab nanti kau akan sakit hati bila aku bersuara.

Lebih baik aku buat hal aku sendiri daripada sibuk hal kau,
Sebab nanti kau akan rimas dengan aku.

#SebabItuAkuSukaPasangEarPhoneDiTelingaKuWalaupunAkuTidakDengarLaguAtauOnCall