Hati ini terlalu sakit rasanya.. sakitt..! betul-betul
sakit..! aku seperti memerlukan seseorang untuk aku meluahkan segala-galanya..
tetapi aku tidak tahu mahu meluahkan dengan siapa.. jika ada tempat untuk aku
meluah mungkin aku tetap sukar untuk meluahkan rasa sakit hati ini.. mungkin di
sebabkan aku seorang yang sangat pemendam sehingga sukar untuk aku meluah.. sekarang
aku hanya mampu menangis.. menangis.. dan menangis agar rasa sakit hati ini
hilang sedikit demi sedikit.. tetapi bila rasa sakit hati ini datang, aku akan
menangis semula.. sampai bila aku akan menangis terus..? dan sampai bila aku
harus pendam semuanya..?
![]() |
| Kuatkah hati ku ini..? |
sebenarnya aku cuba senyum apabila berhadapan dengan kawan-kawan
ku, aku cuba bergembira apabila bersama mereka.. aku melakukan ini kerana aku
mahu menutup kesedihan ku.. tetapi aku
tidak boleh melakukan perkara tersebut untuk selama-lamanya.. aku tahu semua
yang berlaku ini ada hikmah nya.. tetapi kuatkah lagi aku untuk menghadapi
semua ini..? sedangkan sekarang aku sangat-sangat lemah.. Tetapi aku tahu ALLAH
sentiasa bersama hamba-hambanya.. ALLAH juga sentiasa melindungi
hamba-hambanya..

.jpg)
