chipdales


~ Untuk Dia ~


Hidup ini memang bagaikan roda,
Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita d bawah,
Kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kita bersedih,
Kadang-kadang kita bahagia, kadang-kadang kita kecewa..
Tetapi semua itu adalah reality kehidupan..



















Sekarang aku benar-benar kecewa dengan sikap mu..
Kau cuba untuk mengelak dari aku kan..?
Dengan cara kau hilang secara tiba-tiba tanpa ada alasan..
Cara yang kau lakukan itu membuatkan aku tercari-cari dan tertanya-tanya,
Kenapa kau tiba-tiba hilang..?
Kenapa kau seakan-akan mengelakkan diri dariku..?
Aku call kau tak jawab, aku sms satu pun kau x da reply..
Dua minggu aku lakukan perkara yang sama..
Tapi satu pun tiada respon dari kau..

Kalau bosan, cakap bosan..
Kalau x mahu, cakap x mahu..
Jangan hilang secara tiba-tiba..
Sebab kau hadir dalam hidupku dengan cara baik..
Jadi, aku mahu kau pergi pun dengan cara yang baik..
Bukan nya hilang secara tiba-tiba tanpa ada sebarang khabar..
Seperti yang kau lakukan kepada diriku sekarang..

Sebenarnya,
Cara mu ini membuatkan aku sakit hati dengan sikap mu..
Dan membuatkan aku kecewa dengan sikap mu…
Kau memang telah banyak berubah..
Tidak sama dengan first aku kenal kau..

Tidak apa la..
Walaupun aku kecewa dan sakit hati dengan sikap mu sebegini,
Aku akan terima dengan baik..
aku harap, selepas ini jangan la lagi kau muncul dalam hidupku dengan tiba-tiba..
seperti mana kau hilang secara tiba-tiba..
aku doakan agar kau bahagia dengan cara mu ini..
terima kasih kerana kau pernah hadir dalam hidupku walaupun untuk seketika..





‎*·•☆·˙♥·˙˙·˙*☆·˙♥●*☆•·˙*☆·˙·˙*·•☆·˙♥·˙˙‎*·•☆·˙♥·˙˙·˙‎*·•☆·˙♥·˙˙·˙

Belajarlah untuk kehilangan dia, andai dia bukan jodoh mu..

Belajarlah untuk tabah, andai dia pergi dari hidup mu..

Belajarlah untuk menerima hakikat, yang dia bukan milik mu..

Belajarlah untuk berhenti mencintai dia, andai cinta dia bukan untuk mu..


*·•☆·˙♥·˙˙·˙*☆·˙♥●*☆•·˙*☆·˙·˙*·•☆·˙♥·˙˙‎*·•☆·˙♥·˙˙·˙‎*·•☆·˙♥·˙˙·˙